Saturday, 30 June 2012

PROGRAM MELESTARI JATI DIRI SEKOLAH-SEKOLAH CO7

Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat: Sek. Keb. Duyong
Kumpulan Sasaran: Murid Cemerlang 


Seramai 100 orang peserta dari 7 buah sekolah-sekolah CO7 telah mengambil bahagian dalam Program Melestari Jati Diri. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-Sekolah CO7. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian adalah:
1) SK Seri Duyong
2) SK Air Molek
3) SK Duyong

4) SK Tambak Paya
5) SK Paya Dalam
6) SK Paya Redan
7) SK Bukit Lintang 


Program dimulai dengan slot Ice-Breaking yang dikendalikan oleh Pengerusi Program iaitu En. Jalalaludin B. Md. Diah (SK Air Molek). Selepas itu, slot diteruskan pula dengan slot Pecutan Akhir yang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman B. Ismail (Darul Imtiyaz Management Sdn. Bhd). Dalam slot Pecutan Akhir ini, Ustaz Sulaiman telah memberikan 18 Tips Belajar Untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam UPSR. Antaranya adalah:

  1. Bertenang & lapangkan fikiran
  2. Lakukan ulangkaji untuk topik-topik yang penting
  3. Tidur yang mencukupi iaitu 4 jam sehari
  4. Jaga kesihatan diri
  5. Makan makanan yang berkhasiat dan berzat
  6. Banyakkan solat hajat
  7. Membuat dan membaca nota ringkas
  8. Lakukan senaman fizikal agar berpeluh
  9. Beriadah di tempat yang sesuai
  10. Mendapatkan doa dan restu dari  ibu dan bapa
  11. Belajar pada waktu yang sesuai(Elakkan belajar pada waktu Terbit Matahari - 12.00 tgh - 1.30 ptg  / Gelincir Matahari - 6.30 ptg - 7.00 mlm)
  12. Menkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan
  13. Jawab soalan sama seperti format peperiksaan (Patuhi tempoh masa yang ditetapkan)
  14. Datang awal ke dewan peperiksaan iaitu 15-30 minit sebelum peperiksaan bermula
  15. Sediakan kelengkapan peperiksaan secukupnya
  16. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  17. Elakkan berbincang topik-topik hangat sebelum dan selepas peperiksaan
  18. Mematuhi arahan peperiksaan
* Amalkan Surah As-Syura: Ayat 19 pada setiap malam sebelum tidur sebanyak 19 kali

Slot diakhiri dengan sesi soal jawab bersama murid. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Zainab Bt. Hj. Abd. Samad iaitu Guru Besar SK Paya Redan merangkap Pengerusi Sekolah-Sekolah CO7.




Tuesday, 10 April 2012

PROGRAM KITAR SEMULA DAN KEMPEN KESEDARAN 3R DENGAN USAHASAMA SOUTHERN WASTE MANAGEMENT (SWM) KALI PERTAMA

Hari: Selasa
Tarikh: 10 April 2012
Masa: 10.00 pagi


Pada kutipan kali pertama ini, pihak sekolah telah berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM 189.10. Antara barangan kitar semula yang paling banyak dibawa oleh murid-murid pada kutipan kali pertama ini adalah suratkhabar lama dan botol plastik. Tidak kurang juga tin-tin aluminium. Jumlah kutipan ini boleh ditingkatkan lagi pada kutipan kali kedua yang akan diadakan pada  3 Mei 2012. Diharapkan semua warga SK Seri Duyong dapat bersama-sama menjayakan Kempen Kesedaran 3R yang dianjurkan ini.







Saturday, 24 March 2012

LAUNCHING CEREMONY OF "MPMA-SCIENTEX FOUNDATION 3R's AWARENESS PROGRAMME 2012 "

Tarikh: 24 Mac 2012
Hari: Sabtu
Masa: 7.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Pantai Puteri Melaka







Wednesday, 22 February 2012

PROGRAM MINI CERAMAH BERSAMA 'SMART CONSULTANT'

Hari: Rabu 
Tarikh: 22 Februari 2012
Masa: 11.15 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat: Kantin SK Sri Duyong
Kumpulan Sasaran: Semua Murid Tahun 6



PROGRAM BANK KITAR SEMULA (3R)

Hari: Rabu
Tarikh: 22 Februari 2012
Masa: 9.00 pagi -11.00 pagi
Tempat: Bahagian Belakang Kantin SK Seri Duyong









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...