Friday 30 December 2011

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1

Tarikh: 30 Disember 2011
Masa: 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: SK Seri Duyong








Monday 21 November 2011

SESI PEMBENTANGAN PERTANDINGAN MEMBINA BLOG UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING (SEK. REN)

Tarikh: 10 November 2011
Tempat: SK Kg. Tun Razak
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang

Seramai 2 orang murid telah bertanggungjawab dalam sesi pembentangan bagi Pertandingan Membina Blog iaitu adik Nur Akma Fatihah & adik Fatin Nadiah dari Tahun 6 Gemilang di bawah bimbingan Cik Nurul Ashikin Bt. Othman. SK Seri Duyong telah mendapat giliran yang Ke-6 untuk membuat pembentangan daripada 7 buah sekolah rendah yang masuk bertanding. Pasukan membina blog ini telah berjaya memperoleh tempat Ke-4. Syabas dan tahniah diucapkan. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada En. Kamarul Asnan B. Adan kerana telah membantu dalam peringkat awal pembinaan blog. Terima kasih.



Sunday 13 November 2011

KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Tarikh: 10 Nov 2011
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi - 4.00 ptg

SK Seri Duyong telah memenangi Anugerah Harapan bagi Pertandingan Pengurusan Bilik Bimbingan & Kaunseling. Tahniah!

Wednesday 9 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN PRS 2011

Tarikh: 9 November 2011
Tempat: Bilik Bimbingan & Kaunseling




KETAHUI FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

 MINDA BAWAH SEDAR (SUBCONSCIOUS MIND)

TIPS MENANGANI STRESS

1) Rileks tenangkan fikiran dan tarik nafas
Cari tempat-tempat yang tenang dan sunyi seperti di taman-taman dan sebagainya. Duduk dalam keadaan selesa. Pejamkan mata dan tarik nafas perlahan-lahan menggunakan hidung. Kemudian hembus perlahan-lahan menggunakan mulut. Ulang sebanyak mana yang mungkin. sehinggalah kamu rasa tenang.

2) Gelak sepuas hati
Pepatah ada menyebut 'Laughter is the best medicine'. Jadi, luangkan masa untuk membaca majalah lawak seperti majalah Apo, Ujang dan sebagainya. Selain itu, boleh jugak menonton video-video lawak di youtube dan juga filem or drama comedy then gelaklah sekuat hati. Tetapi berhati-hati dengan orang sekeliling. Bimbang nanti dijangka menggangu ketenteraman awam. 

3) Berjalan seketika
Berjalan boleh hilangkan stress? Biar betul? Ya, sememangnya berjalan dapat mengurangkan stress. Dengan berjalan, kita akan mempunyai masa untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah. Then, menghirup udara yang segar merupakan rawatan semulajadi untuk menghilangkan stress. Berjalan juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan.

4) Mendengar muzik
Dengarlah lagu-lagu yang menenangkan jiwa seperti lagu-lagu tradisional, lagu-lagu nasyid. lagi baik kalau korang dengar bacaan al-quran.boleh jugak dengar lagu-lagu patriotik seperti jalur gemilang.mesti lepas tu korang akan jadi bersemangat balik.

5) Berehat seketika
Iklan Kit-Kat dekat TV pun ada sebut 'Mari berehat seketika bersama Kit-Kat'. Tak salah untuk mengambil masa 10-20 minit untuk berehat daripada melakukan kerja. Masa rehat tu  tidur sekejap untuk menenangkan fikiran yang kusut tu.

6) Melukis
Melukis dapat membantu seseorang untuk melupakan seketika masalah yang dialami. Ambil sehelai kertas kosong dan luahkan apa yang sedang bersarang dalam minda anda atas kertas tersebut.




LAWATAN PENANDA ARAS

SK Seri Duyong bakal menerima kunjungan dari beberapa pihak mulai esok iaitu:

Khamis (10 Nov 2011)
Murid-murid Tahun 6 dari SK Limbongan

Jumaat (11 Nov 2011)
Lawatan dari SK Utan Aji, Kangar, Perlis (PIBG)

Selasa (15 Nov 2011)
Majlis Jamuan Makan Meraikan Penggubal-Penggubal Soalan Percubaan UPSR 2011 Negeri Melaka anjuran MGB

Thursday 3 November 2011

LAWATAN PASCA UPSR 2011

Seramai 79 orang murid Tahun 6 telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar sempena Program Pasca UPSR 2011. Mereka semua telah dibawa menyusuri Sungai Melaka menaiki Malacca River Cruise. Selepas itu, mereka dibawa melawat ke Muzium Samudera, Menara Taming Sari dan Istana Kesultanan Melaka. Terima kasih diucapkan kepada semua guru pengiring iaitu En. Azmi, Tn. Hj. Rosly, Pn. Norlizah dan Pn. Norzaidah. Semua murid kelihatan ceria dan gembira walaupun keletihan setelah seharian berjalan di sekitar Melaka. Rombongan tiba di perkarangan sekolah tepat pukul 1.00 petang. 



Saturday 29 October 2011

RUANGAN BERFIKIR SEJENAK

Adakah anda mendidik anak-anak dengan amalan-amalan soleh ?
  • Prihatin dengan amalan kebaikan.
  • Membiasakan diri mngucapkan salam.
  • Tidak makan dengan tangan kiri.
  • Gemar berkongsi makanan.
  • Tidak bernafas dalam bekas minuman.
  • Gemar melakukan kebaikan.
  • Bersikap penyayang.
  • Memelihara sifat malu.
  • Tidak mengulangi kesalahan yang sama.
  • Berbudi kepada tanah.
  • Berlemah lembut menyelesaikan urusan.
  • Bertindak mencegah kemungkaran.
  • Mengingat semua larangan Tuhan.
  • Tidak mengganggu orang lain.
  • Menunaikan hajat orang lain.
  • Tidak menzalimi orang lain.
  • Menyelesaikan masalah orang lain.
  • Rajin membantu orang lain.
  • Sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan.

KUASA DOA DALAM KEHIDUPAN

Kepentingan berdoa dinyatakan oleh nabi yang diriwayatkan oleh Muslim, "Apabila anak Adam (Manusia) meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara : amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya.

Berikut adalah doa-doa harian yang boleh diamalkan oleh ibubapa dan anak-anak :

DOA ANAK-ANAK
"Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan anak keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikalah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
- Surah Al-Furqan : ayat 74 -

"Ya Tuhanku, berilah aku daripada sisi kamu seorang anak yang baik. Sesungguhnya kamu maha pendengar doa."
- Surah Ali Imran : Ayat 38 -

DOA SUPAYA SEGERA TERCAPAI CITA-CITA
"Aku bersandar kepada Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. KepadaNya aku bertawakal dan Dialah Tuhan arasy yang semangat besar."

DOA MINTA MURAH REZEKI
"Ya Allah. Berilah aku (kami) rezeki yang luas (banyak) tanpa susah dan payah. Sesungguhnya kamu maha berkuasa atas segala sesuatu." (tiga kali)

DOA MEMOHON ILMU YANG BERMANFAAT
"Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada kamu daripada ilmu pengetahuan yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak tenang, daripada doa yang tidak diperkenankan dan daripada jiwa yang tidak pernah puas."

DOA MEMOHON AKHLAK SEMPURNA
"Ya Allah, berilah aku pertolongan supaya selalu ingat kepada Mu, dan berterima kasih kepada kamu serta berlaku baik dalam menyembah kepada kamu."

DOA IBUBAPA
"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua-dua ibubapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil."

DOA KETURUNAN YANG BAIK
"Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerahmu yang kamu kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang kamu sukai dan perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri."
- surah Ali Imran : ayat 15 -

DOA SENTIASA MENDIRIKAN SEMBAHYANG
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan sembahyang. Ya Allah, perkenankanlah doaku. Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku dan sekalian orang mukmin pada terjadinya hari kiamat."
- Surah Ibrahim : ayat 40 -

Wednesday 26 October 2011

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH

Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan sempena Program Pasca UPSR khusus bagi murid-murid Tahun 6. Ianya telah disampaikan oleh En. Hamidon B.  A. SamadAntara intipati ceramah adalah tentang kesan dan akibat daripada gejala merokok, meminum arak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Murid-murid juga didedahkan dengan gejala negatif  masa kini seperti gejala rempit, seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainya.   

                                                

Wednesday 12 October 2011

PROGRAM PERSEDIAAN KE SEKOLAH MENENGAH (TINGKATAN 1)

Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Abd. Razak B. Hassan dari Motivateam Consultancy. Ianya bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir pada pukul 10.15 pagi. Program ini dijalankan di Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Duyong. Peserta terdiri daripada semua murid tahun 6 seramai 213 orang. Terdapat banyak maklumat yang telah diperoleh dalam program ini. Antara intipati ceramah adalah mengenai Persediaan Ke Sekolah Menengah. Murid-murid telah diberikan pendedahan mengenai pemilihan sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan keputusan UPSR serta subjek yang akan dipelajari di sekolah menengah kelak.



Wednesday 28 September 2011

SALAM PERPISAHAN BUAT PN. HJH. AMINAH BT. AMAN

Selamat Bersara Pn. Hjh. Aminah Bt. Aman. Terima Kasih Cikgu. Jasamu Dikenang.



Monday 12 September 2011

GOOD LUCK!!!

Selamat menduduki peperiksaan UPSR bagi semua calon UPSR SK Seri Duyong

Wednesday 20 July 2011

PROGRAM USAHASAMA BERSAMA PPSPPA DAN PAKAR PENGURUSAN SISA DARI JEPUN

Program Kitar Semula yang diadakan  secara usahasama dengan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Melaka telah diadakan sejak bulan Julai 2011. Program ini diadakan pada setiap bulan. Penglibatan murid dalam program Kitar Semula ini sangat membanggakan pihak sekolah dengan adanya kerjasama dari ibu bapa. Program Kitar Semula ini menekankan konsep menabung di kalangan murid-murid di mana wang hasil jualan barangan kitar semula akan dikreditkan ke dalam akaun persendirian murid yang mengambil bahagian dalam program ini.  Pihak PPSPPA telah bekerjasama dengan pihak Maybank bagi mencapai matlamat ini.

Saturday 9 July 2011

KISAH KEHIDUPAN


Kak Long yang dirindui, 
Apa khabar anak ayah di sana? Ayah dan adik-adik sihat-sihat sahaja. Cuma semalam adik mengadu sakit perut. Itu yang semalam ibu masakkan bubur. Mungkin kerana sering makan mi segera menyebabkan adik sakit perut. Masak bubur 1 pot beras dapatlah. Ayah dan adik-adik makan kenyang sikit dengan kicap yang kak long suka tu. Itulah yang mempu ayah sediakan untuk hidangan malam ni.


Ayah tak tahu esok macam mana. Mungkin ibu akan masak bubur lagi. Boleh kot, ayah ambikkan duit tabung adik usu untuk beli telur sebiji dua. Kalau goreng telur hancur dengan bubur, lainlah sikit menu daripada semalam. Harap-harap adik-adik tak akan merungut makan bubur lagi.

Kak Long,

Ayah bukan berniat nak merisaukan Kak Long yang sedang berada di asrama kini. Cuma ayah nak bagitau, kita sekarang dah tak sesenang dulu. Kalau dulu, sebulan sekali boleh kita keluar untuk celebrate apa-apa event dengan makan di luar. Tapi kini, nak makan lauk ikan atau ayam sebulan sekali pun belum pasti lagi.

Keadaan ekonomi keluarga kita sudah tak seperti dahulu. Hidup kita makin terhimpit along. Ayah tak tahu, sampai bila lagi kita mampu terus hidup di bandar KL ini. Dengan gaji ayah setelah tolak bersih duit EPF dan hutang syarikat, yang tinggal hanya sekitar RM1,800 sahaja sebulan.

Bayangkanlah Kak Long, setiap bulan kereta yang kita gunakan perlu dibayar sebanyak RM550.00, sewa rumah - RM500.00, bil-bil telefon,air dan elektrik - RM250.00, bayaran duit yuran Kak Long, adik-adik dan persekolahan - RM200.00, duit minyak kereta dan tol untuk ayah berulang kerja - RM300.00, semua ini dah mencecah genap RM1,800 (sebulan gaji ayah).

Ini tak ditambah lagi dengan duit untuk sakit pening, balik kampung, belanja dapur dan pasar, simpanan dan keperluan harian lain. Kadang untuk belanja dapur, ayah terpaksa ambik duit bayar kereta (kita dah tiga bulan duit kereta tertunggak). Pihak bank dah mula hantar surat kata nak tarik kereta. Ada sekali ayah gunakan duit yuran sekolah adik-adik untuk beli sayur dan sedikit ikan, akibatnya dua bulan yuran sekolah adik-adik tertunggak. Bil telefon pula, baru sebulan ayah tak bayar, pihak telekom dah hantar surat amaran nak potong. Memang agak susah hidup kita ini Kak Long.

Semalam, adik sakit perut ayah hanya dapat gosokkan minyak masak kat dapur pada perut adik. Selepas adik merengek sejam lebih, tertidur dia. Nak ke klinik, ayah dah tak tahu nak cari duit kat mana.Duit-duit simpanan ayah dan ibu (termasuk duit di Tabung Haji) dah diguna masa daftarkan Kak Long masuk asrama dahulu.

Minggu lepas, ayah balik kampung dengan ibu. Jumpa dengan Pak Usu, Pak Uda dan Pak Lang, cuba bawa berbincang nak minta tolong. Tapi hampa. Kata mereka, tinggal kat KL takkan susah. Itulah agaknya, mentaliti orang kampung, dan tak belajar agaknya. Susah nak terima hahikat bahawa bukan semua di bandar ini senang dan mewah seadanya. Agaknya, orang kampung susah dapat berita. Atau orang kampung hanya dapat berita yang indah sahaja kat peti televisyen dan radio.

Padahal, dalam dunia masa kini semuanya tidak seperti dahulu lagi. Dahulu kalau Kak Long ingat, duit RM50 boleh isi tangki minyak kereta agak penuh, sekarang hanya separuh aje. Duit tol dah tak sama kak long. Harga ayam setahun dua dulu dah tak sama dengan hari ini. Baru ni, harga barang-barang dapur dah naik. Makin susah. Adik Usu yang boleh makan roti canai setiap minggu dulu dah jarang dan susah nak makan (dulu RM0.50 - kini RM0.80).

Itulah, dilema ayah dan ibu kini Kak Long. Jika keadaan masih tak berubah, mungkin ayah lepas ni akan berpindah balik kampung. Rumah atuk, masih kosong. Cuma sayanglah, adik ngah yang akan periksa UPSR tahun ni akan terjejaslah pelajaran dia sebab kena pindah sekolah. Adik usu yang mula nak kenal belajar Bahasa Inggeris, akan kelam kabutlah sebab guru kesayangan Bahasa Inggeris dia bertukar rupa. Makin susahlah adik Usu nak kuasai Inggeris. Dahlah, subjek Matematik dan Sains dalam periksa pertengahan tahun tempohari dia hanya dapat 'C'. Lepas ni tak tahulah pula apa nak berlaku.

Oh ya, Kak Long mungkin tertanya-tanya apa dah jadi dengan projek jual nasi lemak dan kerepek kat pejabat ayah dulu? Ayah dan ibu dah sepakat untuk menghentikan jualan-jualan tersebut.

Pertama: Setiap malam ayah dan ibu bersengkang mata sehingga jam 1 pagi untuk siapkan bahan-bahan untuk berjual nasi lemak dan esoknya terpaksa pula bangun jam 4 pagi - akibatnya Kak Long, ibu sering sakit-sakit, kesihatan ibu terjejas.

Kedua: Bukan ayah nak mengata, tapi realitinya dalam dunia berniaga begitulah. Kadang-kadang ada yang membeli dengan berhutang. Dan bila berhutang tak ada pula yang membayar.Ada pula yang ambil begitu aje tanpa bagitahu, akibatnya modal hilang, dan ayah serta ibu terpaksa keluarkan modal baru setiap kali nak berjual. BUkan ayah nak menuduh semua, tetapi akibat setitik nila habis rosak susu sebelanga.

Ketiga: Kenaikan harga barang mentah dah tak dapat nak ayah dan ibu untuk menampungnya. Maklumlah, bukan berniaga secara besar, hanya kecil-kecilan. Itu yang agak susah.

Maka, disebabkan itulah ayah dan ibu ambil keputusan untuk hentikan jualan kecil-kecilan itu.

Kak Long,

Ayah harap Kak Long rajin-rajinlah belajar. Berusahalah menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam agama. Berusahalah, jangan sia-siakan peluang yang Kak Long dapat untuk belajar di sekolah asrama tu.

Ayah harap Kak Long akan berjaya. Berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cuma dalam mengejar cita-cita Kak Long, ayah berharap Kak Long beringatlah. Kita kini bukan orang senang. Hidup dah tak macam dulu. Kalau Kak Long boleh berjimat, berjimatlah sehabis baik.

Ayah tahu, yuran asrama Kak Long tertunggak dua bulan. Bersabarlah. Bagitau pada cikgu, ayah akan jelaskan. Cuma bukan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, ayah akan cuba sedaya upaya untuk jelaskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun ini.

Cuma selepas ini, ayah tak pasti berapa kerap lagi ayah akan mampu menulis. Bukan apa, kadang memikir, duit pos (setem Rm0.40) boleh ayah gunakan belikan dua biji telur untuk adik-adik makan tengahari bila mereka balik sekolah.

Jadi, janganlah Kak Long bersedih ok. Tabahkan hati. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah, cekal dan sentiasa berusaha yang terbaik.

Dan akhir sekali, maafkan ayah kerana membebani Kak Long dengan segala kisah yang berlaku ini. Bukan apa, sebagai anak ayah yang sulung ayah rasa Kak Long berhak tahu dan wajar memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarga ini.

Renungan:
Hargailah pengorbanan kedua ibu dan bapa kita yang telah bersusah payah memberi makan, minum, pakaian serta tempat tinggal yang selesa. Hargailah setitis keringat ayah yang berusaha mencari sesuap nasi untuk kamu sekeluarga. Hanya kejayaan yang mampu mengubah nasib keluarga kamu. Biarkanlah ibu dan bapa kamu menangis kegembirqaan kerana kejayaan kamu dan bukan menangis kedukaan kerana kegagalan kamu

Wednesday 11 May 2011


We had different Teachers and they had different style of teaching, different ways of making students learn. For me the Best Teacher would be the one who is flexible enough to change his/her style as per the student. Students have different levels of learning and if Teacher think that a student should change their levels according to a Teacher’s Style then it’s wrong. Here, the emphasis is on the learning of a student and providing them the atmosphere to learn, which is the core responsibility of a TEACHER.
"HAPPY TEACHER'S DAY"

Saturday 2 April 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, PENGAWAS PPDa, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS.

TARIKH: 1 APRIL & 2 APRIL 2011 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT: KEM MODAL INSAN, PARIT PENGHULU, SUNGAI RAMBAI

KUMPULAN SASARAN:
  • PENGAWAS SEKOLAH: 57 ORANG
  • PENGAWAS PUSAT SUMBER : 20 ORANG
  • PENGAWAS KOKURIKULUM : 5 ORANG
  • PENGAWAS PPDa : 7 ORANG
  • KETUA KELAS & PENOLONG : 11 ORANG
OBJEKTIF:
1. Membina ketahanan fizikal & kekuatan mental dikalangan pemimpin muda.
2. Membentuk keperibadian & daya kepimpinan yang berwibawa dan berjaya.
3. Melatih murid menjadi role-model yang baik kepada murid-murid lain disekolah.

ANJURAN:
1. Unit Bimbingan & Kaunseling
2. Lembaga Disiplin & Pengawas
3. Pusat Sumber Sekolah
                                                                                                                                            DENGAN KERJASAMA:
Nur Insani Training & Consultancy

Wednesday 23 February 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN MURID TARGET 5A UPSR 2011 & MUHASABAH DIRI

MASA      : 7.00 malam hingga 11.00 malam
TEMPAT  : Kantin SK Seri Duyong


MOTIVATOR
Ustaz Fadly Bin Samin (Pengarah Pusat Tuisyen Jazim ).

SASARAN: 
Murid Target 5A seramai 40 orang .


MATLAMAT:
1. Memberikan motivasi kepada murid - murid target 5A dalam UPSR 2011 supaya dapat                              
    mempertingkatkan lagi usaha demi kecemerlangan diri  serta memantapkan peranan 
    ibubapa dalam membantu anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR .


ANJURAN: 
Unit Bimbingan & Kaunseling


DENGAN KERJASAMA:
Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku,
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...