Saturday 29 October 2011

RUANGAN BERFIKIR SEJENAK

Adakah anda mendidik anak-anak dengan amalan-amalan soleh ?
  • Prihatin dengan amalan kebaikan.
  • Membiasakan diri mngucapkan salam.
  • Tidak makan dengan tangan kiri.
  • Gemar berkongsi makanan.
  • Tidak bernafas dalam bekas minuman.
  • Gemar melakukan kebaikan.
  • Bersikap penyayang.
  • Memelihara sifat malu.
  • Tidak mengulangi kesalahan yang sama.
  • Berbudi kepada tanah.
  • Berlemah lembut menyelesaikan urusan.
  • Bertindak mencegah kemungkaran.
  • Mengingat semua larangan Tuhan.
  • Tidak mengganggu orang lain.
  • Menunaikan hajat orang lain.
  • Tidak menzalimi orang lain.
  • Menyelesaikan masalah orang lain.
  • Rajin membantu orang lain.
  • Sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan.

KUASA DOA DALAM KEHIDUPAN

Kepentingan berdoa dinyatakan oleh nabi yang diriwayatkan oleh Muslim, "Apabila anak Adam (Manusia) meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara : amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya.

Berikut adalah doa-doa harian yang boleh diamalkan oleh ibubapa dan anak-anak :

DOA ANAK-ANAK
"Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan anak keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikalah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
- Surah Al-Furqan : ayat 74 -

"Ya Tuhanku, berilah aku daripada sisi kamu seorang anak yang baik. Sesungguhnya kamu maha pendengar doa."
- Surah Ali Imran : Ayat 38 -

DOA SUPAYA SEGERA TERCAPAI CITA-CITA
"Aku bersandar kepada Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. KepadaNya aku bertawakal dan Dialah Tuhan arasy yang semangat besar."

DOA MINTA MURAH REZEKI
"Ya Allah. Berilah aku (kami) rezeki yang luas (banyak) tanpa susah dan payah. Sesungguhnya kamu maha berkuasa atas segala sesuatu." (tiga kali)

DOA MEMOHON ILMU YANG BERMANFAAT
"Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada kamu daripada ilmu pengetahuan yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak tenang, daripada doa yang tidak diperkenankan dan daripada jiwa yang tidak pernah puas."

DOA MEMOHON AKHLAK SEMPURNA
"Ya Allah, berilah aku pertolongan supaya selalu ingat kepada Mu, dan berterima kasih kepada kamu serta berlaku baik dalam menyembah kepada kamu."

DOA IBUBAPA
"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua-dua ibubapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak kecil."

DOA KETURUNAN YANG BAIK
"Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerahmu yang kamu kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang kamu sukai dan perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri."
- surah Ali Imran : ayat 15 -

DOA SENTIASA MENDIRIKAN SEMBAHYANG
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan sembahyang. Ya Allah, perkenankanlah doaku. Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku dan kepada kedua-dua ibubapaku dan sekalian orang mukmin pada terjadinya hari kiamat."
- Surah Ibrahim : ayat 40 -

Wednesday 26 October 2011

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH

Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan sempena Program Pasca UPSR khusus bagi murid-murid Tahun 6. Ianya telah disampaikan oleh En. Hamidon B.  A. SamadAntara intipati ceramah adalah tentang kesan dan akibat daripada gejala merokok, meminum arak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Murid-murid juga didedahkan dengan gejala negatif  masa kini seperti gejala rempit, seks bebas, kes pembuangan bayi dan sebagainya.   

                                                

Wednesday 12 October 2011

PROGRAM PERSEDIAAN KE SEKOLAH MENENGAH (TINGKATAN 1)

Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Abd. Razak B. Hassan dari Motivateam Consultancy. Ianya bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir pada pukul 10.15 pagi. Program ini dijalankan di Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Duyong. Peserta terdiri daripada semua murid tahun 6 seramai 213 orang. Terdapat banyak maklumat yang telah diperoleh dalam program ini. Antara intipati ceramah adalah mengenai Persediaan Ke Sekolah Menengah. Murid-murid telah diberikan pendedahan mengenai pemilihan sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan keputusan UPSR serta subjek yang akan dipelajari di sekolah menengah kelak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...