Saturday, 30 June 2012

PROGRAM MELESTARI JATI DIRI SEKOLAH-SEKOLAH CO7

Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat: Sek. Keb. Duyong
Kumpulan Sasaran: Murid Cemerlang 


Seramai 100 orang peserta dari 7 buah sekolah-sekolah CO7 telah mengambil bahagian dalam Program Melestari Jati Diri. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-Sekolah CO7. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian adalah:
1) SK Seri Duyong
2) SK Air Molek
3) SK Duyong

4) SK Tambak Paya
5) SK Paya Dalam
6) SK Paya Redan
7) SK Bukit Lintang 


Program dimulai dengan slot Ice-Breaking yang dikendalikan oleh Pengerusi Program iaitu En. Jalalaludin B. Md. Diah (SK Air Molek). Selepas itu, slot diteruskan pula dengan slot Pecutan Akhir yang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman B. Ismail (Darul Imtiyaz Management Sdn. Bhd). Dalam slot Pecutan Akhir ini, Ustaz Sulaiman telah memberikan 18 Tips Belajar Untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam UPSR. Antaranya adalah:

  1. Bertenang & lapangkan fikiran
  2. Lakukan ulangkaji untuk topik-topik yang penting
  3. Tidur yang mencukupi iaitu 4 jam sehari
  4. Jaga kesihatan diri
  5. Makan makanan yang berkhasiat dan berzat
  6. Banyakkan solat hajat
  7. Membuat dan membaca nota ringkas
  8. Lakukan senaman fizikal agar berpeluh
  9. Beriadah di tempat yang sesuai
  10. Mendapatkan doa dan restu dari  ibu dan bapa
  11. Belajar pada waktu yang sesuai(Elakkan belajar pada waktu Terbit Matahari - 12.00 tgh - 1.30 ptg  / Gelincir Matahari - 6.30 ptg - 7.00 mlm)
  12. Menkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan
  13. Jawab soalan sama seperti format peperiksaan (Patuhi tempoh masa yang ditetapkan)
  14. Datang awal ke dewan peperiksaan iaitu 15-30 minit sebelum peperiksaan bermula
  15. Sediakan kelengkapan peperiksaan secukupnya
  16. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  17. Elakkan berbincang topik-topik hangat sebelum dan selepas peperiksaan
  18. Mematuhi arahan peperiksaan
* Amalkan Surah As-Syura: Ayat 19 pada setiap malam sebelum tidur sebanyak 19 kali

Slot diakhiri dengan sesi soal jawab bersama murid. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Zainab Bt. Hj. Abd. Samad iaitu Guru Besar SK Paya Redan merangkap Pengerusi Sekolah-Sekolah CO7.




Tuesday, 10 April 2012

PROGRAM KITAR SEMULA DAN KEMPEN KESEDARAN 3R DENGAN USAHASAMA SOUTHERN WASTE MANAGEMENT (SWM) KALI PERTAMA

Hari: Selasa
Tarikh: 10 April 2012
Masa: 10.00 pagi


Pada kutipan kali pertama ini, pihak sekolah telah berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM 189.10. Antara barangan kitar semula yang paling banyak dibawa oleh murid-murid pada kutipan kali pertama ini adalah suratkhabar lama dan botol plastik. Tidak kurang juga tin-tin aluminium. Jumlah kutipan ini boleh ditingkatkan lagi pada kutipan kali kedua yang akan diadakan pada  3 Mei 2012. Diharapkan semua warga SK Seri Duyong dapat bersama-sama menjayakan Kempen Kesedaran 3R yang dianjurkan ini.







Saturday, 24 March 2012

LAUNCHING CEREMONY OF "MPMA-SCIENTEX FOUNDATION 3R's AWARENESS PROGRAMME 2012 "

Tarikh: 24 Mac 2012
Hari: Sabtu
Masa: 7.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Pantai Puteri Melaka







Wednesday, 22 February 2012

PROGRAM MINI CERAMAH BERSAMA 'SMART CONSULTANT'

Hari: Rabu 
Tarikh: 22 Februari 2012
Masa: 11.15 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat: Kantin SK Sri Duyong
Kumpulan Sasaran: Semua Murid Tahun 6



PROGRAM BANK KITAR SEMULA (3R)

Hari: Rabu
Tarikh: 22 Februari 2012
Masa: 9.00 pagi -11.00 pagi
Tempat: Bahagian Belakang Kantin SK Seri Duyong









Monday, 20 February 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2012

Hari: Isnin
Tarikh: 20 Februari 2012
Masa: 7.35 pagi - 9.15 pagi
Tempat: Dataran Ilmu SK Seri Duyong
Kumpulan Sasaran: 75 orang Pengawas (Tahun 3 - Tahun 6)







Wednesday, 15 February 2012

KEJOHANAN HOKI MSS KAWASAN AYER KEROH TAHUN 2012 (SEK. REN & SEK. MEN)

Tarikh          : 15 Februari 2012
Masa            : 3.00 - 6.00 petang
Tempat        : Stadium Hoki MBMB, Bukit Serindit 
Pencapaian   : Pasukan Lelaki (Tempat Ke-4)
                   : Pasukan Perempuan (Tempat Ke-4)


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua Pasukan Hoki SK Seri Duyong yang berjaya meraih tempat Ke-4. dalam Kejohanan Hoki MSS Kawasan Ayer Keroh pada tahun ini. Syabas diucapkan dan cuba lagi pada tahun hadapan. Well Done!







Friday, 10 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG 2012M/1433H

Tarikh   : 10 Februari 2012
Hari      : Jumaat 
Tempat : Masjid Al-Wahab, Permatang Duyong

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"





Thursday, 9 February 2012

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SCHOOL OF ANUBAAN CHIANGMAI, THAILAND

Tarikh: 9 Februari 2012
Masa: 9.45 pagi - 12.15 tgh

Seramai 30 orang pelawat yang terdiri daripada para guru, murid dan ibubapa dari English Club, School of Anubaan Chiangmai, Thailand telah datang melawat SK Seri Duyong. Lawatan kali ini turut disertai oleh Pengarah  Penggalakan  Pelancongan Negeri Melaka iaitu En. Jefri B. Munir bersama beberapa orang pegawainya serta barisan media dari Bernama & Melaka Hari Ini.






Sunday, 29 January 2012

PELANTIKAN PENYELARASAN PROGRAM "MPMA SCIENTEX FOUNDATION 3R's AWARENESS 2012" DI MELAKA

SK Seri Duyong telah dipilih sebagai Penyelaras Program "MPMA Scientex Foundation 3R's Awareness 2012. MPMA-Scientex Foundation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan program kesedaran 3R di 50 buah sekolah di negeri Melaka. Pelbagai aktiviti yang berbentuk kreativiti seperti kerja-kerja seni dan lukisan dianjurkan bagi menarik minat murid memahami 3R.

PROGRAM KITAR SEMULA (3R) BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PPSPPA)

Tarikh   : 30 Januari 2012
Masa     : 9.30 pagi - 10.00 pagi 
Tempat : Garaj Belakang Kantin SK Seri Duyong


Seramai lebih kurang 30 orang murid Tahun 3 hingga Tahun 6 menyertai Kempen Kitar Semula anjuran PPSPPA. Kesemua mereka telah membawa barang-barang yang boleh dikitar semula seperti suratkhabar, tin, tin aluminium, botol plastik, bekas plastik, kertas, buku, majalah, kotak dan sebagainya. Kempen kali ini agak kurang mendapat sambutan dari murid dan terdapat juga murid yang terlupa untuk membawa barang-barang kitar semula seperti yang telah dijadualkan.  







Friday, 27 January 2012

10 TIPS MUDAH ATASI SIKAP MALAS

1. Amalkan Doa ini
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan."


2. Ingat Matlamat Atau Sasaran Anda




3. 10 Minit Keemasan
Syaratnya dalam 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%. Selepas habis 10 minit itu, apakah yang anda rasa ? Cikgu yakin anda rasa sayang untuk berhenti belajar kerana pada masa itu anda mula seronok dan sikap malas yang ada sebelumnya akan hilang.


4. Banyak Membaca Buku Motivasi
Buku-buku motivasi mampu mencetuskan pemikiran yang positif dan merangsang diri untuk beruybah menjadi rajin.


5. Susun dan Memudahkan Jadual Belajar
Ambil masa bagi menyusun kerja anda dan buat jadual harian serta jadual belajar. 30 minit masa yang anda berikan bagi merancang dapat selamatkan sehari masa anda.




6. Rehat dan Tidur yang Cukup
Malas timbul apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang dapat diambil bagi mengatasi rasa malas.




7. Riadah
Ada masanya anda rasa malas kerana tiada aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cuba libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti mendapat tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.




8. Berkawan Dengan Orang yang Positif
Tingkahlaku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, lama kelamaan sikap positif ini mempengaruhi diri anda juga.




9. Amalkan Teknik Pernafasan
Satu cara untuk mengatasi malas adalah dengan menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan merasa lebih segar.


10. Suarakan Moto Anda
Salah satu cara bagi mengatasi rasa malas adalah dengan mencipta beberapa moto untuk disarankan pada diri anda sendiri. Contoh :
- Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
- Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.



~ SELAMAT MENCUBA ~

BAGAIMANA MEMBERIKAN TUMPUAN? KUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR & KEMAHIRAN MEMBERI TUMPUAN


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai murid gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang dapat digunakan bagi meningkatkan tumpuan anda:

# Semak sekali imbas nota yang diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru. Walaupun anda tidak memahami    keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.
# Cuba duduk dibarisan hadapan dalam kelas.

# Jangan alih mata anda daripada melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan tulis.
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan dan ceriakan wajah anda.
Ingat apa yang diajar itu lebih jauh penting daripada siapa yang mengajar.
# Pasang telinga.
# Catatkan setiap fakta yang penting. Sama ada fakta yang ditulis ataupun diucapkan oleh guru.

# Catatkan setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan bagi membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Berapa? Di mana? Kenapa? Bagaimana?

# Gunakan Buku khas bagi tujuan mencatat ini.

# Jangan hiraukan sebarang gangguan daripada rakan.
# Kajian menunjukkan anda LUPA 70% daripada apa yang dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu, segera semak apa yang diajar serta-merta apabila guru keluar dari kelas.

~ SELAMAT BELAJAR ~





Thursday, 26 January 2012

PROGRAM 3 R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)

Program 3 R akan diteruskan lagi pada tahun ini. Program yang telah dilaksanakan semenjak bulan Julai pada tahun 2011 telah berjaya menarik minat murid Tahun 3 hingga Tahun 6 untuk turut serta. Dengan adanya Program 3 R ini, murid-murid didedahkan dengan konsep 'Sayangi Alam Sekitar' dan konsep 'Menabung' di mana wang hasil jualan barangan kitar semula akan dikreditkan terus ke dalam akaun 'Maybank' persendirian yang didaftarkan atas nama murid itu sendiri. Program 3 R pada tahun 2012 akan bermula pada Hari Isnin bersamaan 30 Januari 2012 Program ini berkolaborasi bersama pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Friday, 20 January 2012

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2012

Tarikh    : 20 Januari 2012 (Jumaat)
Masa      : 8.30 pagi -9.30 pagi
Tempat  : Kantin SK Seri Duyong
Penyelaras Tahun 1 : Puan Naimah bt. Ismail
Dirasmikan Oleh     : Encik Mohd. Ali b. Yusop (Guru Besar)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...