Thursday, 26 January 2012
PROGRAM 3 R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
Program 3 R akan diteruskan lagi pada tahun ini. Program yang telah dilaksanakan semenjak bulan Julai pada tahun 2011 telah berjaya menarik minat murid Tahun 3 hingga Tahun 6 untuk turut serta. Dengan adanya Program 3 R ini, murid-murid didedahkan dengan konsep 'Sayangi Alam Sekitar' dan konsep 'Menabung' di mana wang hasil jualan barangan kitar semula akan dikreditkan terus ke dalam akaun 'Maybank' persendirian yang didaftarkan atas nama murid itu sendiri. Program 3 R pada tahun 2012 akan bermula pada Hari Isnin bersamaan 30 Januari 2012 Program ini berkolaborasi bersama pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
Labels:
Program Pembangunan Murid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment