Friday, 27 January 2012

BAGAIMANA MEMBERIKAN TUMPUAN? KUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR & KEMAHIRAN MEMBERI TUMPUAN


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai murid gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang dapat digunakan bagi meningkatkan tumpuan anda:

# Semak sekali imbas nota yang diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru. Walaupun anda tidak memahami    keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.
# Cuba duduk dibarisan hadapan dalam kelas.

# Jangan alih mata anda daripada melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan tulis.
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan dan ceriakan wajah anda.
Ingat apa yang diajar itu lebih jauh penting daripada siapa yang mengajar.
# Pasang telinga.
# Catatkan setiap fakta yang penting. Sama ada fakta yang ditulis ataupun diucapkan oleh guru.

# Catatkan setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan bagi membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Berapa? Di mana? Kenapa? Bagaimana?

# Gunakan Buku khas bagi tujuan mencatat ini.

# Jangan hiraukan sebarang gangguan daripada rakan.
# Kajian menunjukkan anda LUPA 70% daripada apa yang dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu, segera semak apa yang diajar serta-merta apabila guru keluar dari kelas.

~ SELAMAT BELAJAR ~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...