Friday, 27 January 2012

10 TIPS MUDAH ATASI SIKAP MALAS

1. Amalkan Doa ini
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan."


2. Ingat Matlamat Atau Sasaran Anda




3. 10 Minit Keemasan
Syaratnya dalam 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%. Selepas habis 10 minit itu, apakah yang anda rasa ? Cikgu yakin anda rasa sayang untuk berhenti belajar kerana pada masa itu anda mula seronok dan sikap malas yang ada sebelumnya akan hilang.


4. Banyak Membaca Buku Motivasi
Buku-buku motivasi mampu mencetuskan pemikiran yang positif dan merangsang diri untuk beruybah menjadi rajin.


5. Susun dan Memudahkan Jadual Belajar
Ambil masa bagi menyusun kerja anda dan buat jadual harian serta jadual belajar. 30 minit masa yang anda berikan bagi merancang dapat selamatkan sehari masa anda.




6. Rehat dan Tidur yang Cukup
Malas timbul apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang dapat diambil bagi mengatasi rasa malas.




7. Riadah
Ada masanya anda rasa malas kerana tiada aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cuba libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti mendapat tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.




8. Berkawan Dengan Orang yang Positif
Tingkahlaku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, lama kelamaan sikap positif ini mempengaruhi diri anda juga.




9. Amalkan Teknik Pernafasan
Satu cara untuk mengatasi malas adalah dengan menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan merasa lebih segar.


10. Suarakan Moto Anda
Salah satu cara bagi mengatasi rasa malas adalah dengan mencipta beberapa moto untuk disarankan pada diri anda sendiri. Contoh :
- Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
- Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.



~ SELAMAT MENCUBA ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...