SK Seri Duyong telah dipilih sebagai Penyelaras Program "MPMA Scientex Foundation 3R's Awareness 2012. MPMA-Scientex Foundation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka akan menganjurkan program kesedaran 3R di 50 buah sekolah di negeri Melaka. Pelbagai aktiviti yang berbentuk kreativiti seperti kerja-kerja seni dan lukisan dianjurkan bagi menarik minat murid memahami 3R.
Sunday, 29 January 2012
PROGRAM KITAR SEMULA (3R) BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PPSPPA)
Tarikh : 30 Januari 2012
Masa : 9.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Garaj Belakang Kantin SK Seri Duyong
Masa : 9.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Garaj Belakang Kantin SK Seri Duyong
Seramai lebih kurang 30 orang murid Tahun 3 hingga Tahun 6 menyertai Kempen Kitar Semula anjuran PPSPPA. Kesemua mereka telah membawa barang-barang yang boleh dikitar semula seperti suratkhabar, tin, tin aluminium, botol plastik, bekas plastik, kertas, buku, majalah, kotak dan sebagainya. Kempen kali ini agak kurang mendapat sambutan dari murid dan terdapat juga murid yang terlupa untuk membawa barang-barang kitar semula seperti yang telah dijadualkan.
Friday, 27 January 2012
10 TIPS MUDAH ATASI SIKAP MALAS
1. Amalkan Doa ini
2. Ingat Matlamat Atau Sasaran Anda
3. 10 Minit Keemasan
Syaratnya dalam 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%. Selepas habis 10 minit itu, apakah yang anda rasa ? Cikgu yakin anda rasa sayang untuk berhenti belajar kerana pada masa itu anda mula seronok dan sikap malas yang ada sebelumnya akan hilang.
4. Banyak Membaca Buku Motivasi
Buku-buku motivasi mampu mencetuskan pemikiran yang positif dan merangsang diri untuk beruybah menjadi rajin.
5. Susun dan Memudahkan Jadual Belajar
Ambil masa bagi menyusun kerja anda dan buat jadual harian serta jadual belajar. 30 minit masa yang anda berikan bagi merancang dapat selamatkan sehari masa anda.
6. Rehat dan Tidur yang Cukup
Malas timbul apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang dapat diambil bagi mengatasi rasa malas.
7. Riadah
Ada masanya anda rasa malas kerana tiada aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cuba libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti mendapat tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.
8. Berkawan Dengan Orang yang Positif
Tingkahlaku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, lama kelamaan sikap positif ini mempengaruhi diri anda juga.
9. Amalkan Teknik Pernafasan
Satu cara untuk mengatasi malas adalah dengan menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan merasa lebih segar.
10. Suarakan Moto Anda
Salah satu cara bagi mengatasi rasa malas adalah dengan mencipta beberapa moto untuk disarankan pada diri anda sendiri. Contoh :
- Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
- Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.
~ SELAMAT MENCUBA ~
BAGAIMANA MEMBERIKAN TUMPUAN? KUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR & KEMAHIRAN MEMBERI TUMPUAN
Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai murid gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang dapat digunakan bagi meningkatkan tumpuan anda:
# Semak sekali imbas nota yang diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.
Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru. Walaupun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.
# Cuba duduk dibarisan hadapan dalam kelas.
# Jangan alih mata anda daripada melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan tulis.
Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan dan ceriakan wajah anda.
Ingat apa yang diajar itu lebih jauh penting daripada siapa yang mengajar.
# Pasang telinga.
# Catatkan setiap fakta yang penting. Sama ada fakta yang ditulis ataupun diucapkan oleh guru.
# Catatkan setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan bagi membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Berapa? Di mana? Kenapa? Bagaimana?
# Gunakan Buku khas bagi tujuan mencatat ini.
# Jangan hiraukan sebarang gangguan daripada rakan.
# Kajian menunjukkan anda LUPA 70% daripada apa yang dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu, segera semak apa yang diajar serta-merta apabila guru keluar dari kelas.
~ SELAMAT BELAJAR ~
Thursday, 26 January 2012
PROGRAM 3 R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
Program 3 R akan diteruskan lagi pada tahun ini. Program yang telah dilaksanakan semenjak bulan Julai pada tahun 2011 telah berjaya menarik minat murid Tahun 3 hingga Tahun 6 untuk turut serta. Dengan adanya Program 3 R ini, murid-murid didedahkan dengan konsep 'Sayangi Alam Sekitar' dan konsep 'Menabung' di mana wang hasil jualan barangan kitar semula akan dikreditkan terus ke dalam akaun 'Maybank' persendirian yang didaftarkan atas nama murid itu sendiri. Program 3 R pada tahun 2012 akan bermula pada Hari Isnin bersamaan 30 Januari 2012 Program ini berkolaborasi bersama pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
Friday, 20 January 2012
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2012
Tarikh : 20 Januari 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi -9.30 pagi
Tempat : Kantin SK Seri Duyong
Penyelaras Tahun 1 : Puan Naimah bt. Ismail
Masa : 8.30 pagi -9.30 pagi
Tempat : Kantin SK Seri Duyong
Penyelaras Tahun 1 : Puan Naimah bt. Ismail
Dirasmikan Oleh : Encik Mohd. Ali b. Yusop (Guru Besar)
Tuesday, 17 January 2012
JADUAL UJIAN DAN PEPERIKSAAN TAHUN 2012
JADUAL UJIAN DAN PEPERIKSAAN TAHUN 2012
17 JANUARI &18 JANUARI 2012
17 JANUARI &18 JANUARI 2012
GERAK GEMPUR 1 (TAHUN 6)
30 JANUARI 2012
UJIAN SARINGAN 2 (LINUS KOHOT 2)
6 MAC HINGGA 8 MAC 2012
UJIAN BULANAN 1
19 APRIL & 20 APRIL 2012
GERAK GEMPUR 2 (TAHUN 6)
8 MEI HINGGA 11 MEI 2012
PKSR 1
12 JUN HINGGA 13 JUN 2012
GERAK GEMPUR 3 (TAHUN 6)
17 JULAI HINGGA 19 JULAI 2012
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR / UJIAN BULANAN 2
13 OGOS HINGGA 14 OGOS 2012
GERAK GEMPUR 4 (TAHUN 6)
11 SEPTEMBER HINGGA 13 SEPTEMBER 2012
PEPERIKSAAN UPSR
PEPERIKSAAN UPSR
16 OKTOBER HINGGA 19 OKTOBER 2012
PKSR 2
Saturday, 14 January 2012
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI & TAKLIMAT PENGURUSAN BERSAMA IBUBAPA MURID TAHUN 6 (PERMATAKU SAYANG)
Tarikh: 14 Januari 2012
Masa: 8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat:
1) Kantin - Program Motivasi Kecemerlangan Diri 'Permataku Sayang'
2) Makmal Komputer - Taklimat Pengurusan Bersama Ibubapa Murid Tahun 6
Penceramah:
Pn. Rubiah Bt. Mohd Nuh (Ummi B)
(Kaunselor Cemerlang SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka)
Masa: 8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat:
1) Kantin - Program Motivasi Kecemerlangan Diri 'Permataku Sayang'
2) Makmal Komputer - Taklimat Pengurusan Bersama Ibubapa Murid Tahun 6
Penceramah:
Pn. Rubiah Bt. Mohd Nuh (Ummi B)
(Kaunselor Cemerlang SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka)
Subscribe to:
Posts (Atom)